Antara banyak cerita dongeng di China, terdapat ramai pahlawan yang cerdik dan gagah berani untuk mendatangkan kebahagiaan kepada rakyat, Suiren iaitu pengambil api merupakan salah seorang daripada mereka.
Pada zaman silam, orang tidak tahu ada api dan juga tidak tahu bagaimana menggunakannya. Pada malam hari, gelap gulita di mana-mana, hanya haiwan liar sedang mengaum, ramai orang sangat takut dan hanya berkumpul bersama-sama pada cuaca yang sangat sejuk. Disebabkan tidak ada api, makanan hanya dapat dimakan mentah-mentah doleh manusia, oleh itu, manusia sering-sering jatoh sakit dan jangka hayat pendek.
Ada dewa di langit yang bernama Fu Xi, dia bersedih setelah mendapati kehidupan di kalangan rakyat sangat sukar. Untuk menyebabkan orang mengetahui kegunaan api, dewa Fu Yi telah membaca mantera supaya hujan lebat turun di hutan. Tiba-Tiba, sebatang pokok disambah petir dan pokok itu dibakar dan sangat cepat menjadi kebakaran yang membara. Ramai orang sangat takut dan melarikan diri dari tempat itu. Sebentar, hujan lebat telah berhenti, hari mulai gelap gulita, dan lebih sejuk selepas hujan. Orang yang melarikan diri juga berkumpul bersama-sama, mereka sangat takut ketika menyaksikan pokok yang sudah dibakar. Pada ketika itu, ada seorang pemuda mendapati, bunyi haiwan liar mengaum di kawasan sekitar tidak didengar. Dia berfikir, apakah haiwan liar takut akan cahaya api ? Oleh itu, dia dengan gagah berani pergi ke tempat yang berapi, dia terasa sangat panas. Dia dengan gembira panggil sekelian pergi ke sana sambil berkata: “Api ini tidak menakutkan kami, dan juga membawa keterangan dan kepanasan kepada kami”. Pada ketika itu, ramai orang juga mendapati, di tempat yang tidak jauh, ada haiwan liar yang mati dalam kebakaran besar dan mengeluarkan aroma yang menyedapkan. Mereka berkumpul di tepi api dan memakan daging haiwan liar yang sangat enak. Sejak itu, mereka tahu api adalah sangat berharga, kemudian, mereka memungut ranting pokok, menyalakan longgokan ranting pokok dan mengekalkannya. Pada setiap hari, ada orang mengawal di tepi api, supaya api tidak dapat dipadamkan. Namun, pada suatu hari, orang yang berkawal di tempat itu telah tidur, api telah padam setelah ranting pokok dibakar hangus. Ramai orang sangat sedih kerana mereka telah kembali ke kegelapan dan kesejokan.
Setelah mengetahui hal tersebut, dewa Fu Xi datang ke mimpi seorang pemuda yang terlebih dahulu menemukan kegunaan api dan memberitahu dia bahawa di barat yang jauh, terdapat negara Suiming yang mempunyai bahan yang menyalakan api, anda boleh mengambil api dari negara itu. Pemuda itu sedar dari mimpi dan teringat kenyataan yang dicakap oleh dewa, oleh itu dia berikrar pergi ke negara Suiming untuk mencari bahan menyalakan api.
Pemuda itu telah tiba di negara Suiming pada akhirnya setelah merentasi gunung tinggi, mengharungi sungai yang besar, menembusi hutan dan mengatasi banyak sukaran. Namun, tempat itu tidak ada sinaran matahari dan tidak berbeza siang hari dan malam, berada dalam gelap gulita dan sama sekali tidak ada api. Pemuda itu merasa sangat kecewa dan hanya duduk di bawah sebatang pokok yang besar untuk merehat. Tiba-tiba, pemuda itu melihat ada cahaya yang menerangi kawasan sekitarnya. Pemuda itu segera berdiri dan mencari sumber cahaya. Pada ketika itu, dia melihat beberapa ekor burung sedang mematok ulat di pokok. Asal saja mereka mematok pokok, percikan api akan dikeluarkan dari pokok itu. Pemuda itu dengan segera menggunakan ranting pokok yang kecil untuk bergesek dengan ranting pokok yang besar, ranting pokok itu memancarkan cahaya, tetapi tidak dibakar. Pemuda itu tidak putus asa, dan dengan sabar menggunakan pelbagai ranting pokok untuk mengadakan pergesekan. Pada akhirnya, ranting pokok itu mengeluarkan asap dan berapi. Pemuda itu sangat gembira atas kejayaan hal itu.
Pemuda itu telah kembali ke kampung halaman mereka, dan membawa cara pengambilan api dengan pergesekan ranting pokok yang tidak padam secara berkekalan. Sejak itu, manusia tidak hidup dalam kesejukan dan ketakutan. Ramai orang memilih pemuda itu sebagai ketua kaum mereka kerana keberanian dan kecerdikannya dan menyebutnya “ Suiren” iaitu bermakna pengambil api.